Thursday, August 21, 2008

Kesian


Gambar whale kat atas aku copy dari suratkhabar Sydney Morning Herald....aku kesian ngan anak whale ni sebab dia dah terpisah ngan mak dia....punye la besar mak ko...mcm mana la agak nya boleh terpisah ye...agaknya mak dia dah kena tangkap dengan nelayan2 Jepun tak...hehehe...
Cerita anak whale ni dah ada sejak Isnin lepas sebab hari Isnin lepas anak whale ni atau nama dia Colin di jumpai di persisiran pantai dekat north Sydney .... Colin di jumpai semasa dia tengah menyedut bahagian bawah sebuah kapal kerana dia ingat kapal tu mak dia...so dia pun try utk sedut bahagian bawah kapal ni untuk minum susu...malang nya kapal ni bukan la mak dia....kesian dia.....hari ni Colin di laporkan semakin lemah sebab dah lama tak minum susu....kesian kan...

Cuba la bayang kan...kalo kita kecik2 lagi dah terpisah ngan mak kita dan tak merasa minum susu badan mak kita...atau pun kite bayang kan bayi2 yang kena buang dek orang2 yang tak bertanggungjawab dlm tong smpah ... dlm kotak ....dlm tandas ....iskk mmg kejam betul manusia2 (atau setan) yang buat mcm tu...tergamak diorang ni buang2 anak...

Menurut cerita dlm suratkhabar hari ni.....pihak2 berwajib akan menggunakan kaedah 'inflatable sling' untuk menyatukan Colin dengan kawanan whales2 yang lain supaya Colin dapat minum susu dari whales lain...tetapi cara ni mungkin akan membahayakan nyawa Colin sebab jika Colin tak berjumpa dengan mana2 'lactating whales' dia akan tinggal keseorangan di laut besar dan akan menjadi mangsa jerung2 yang ganas...nasib kau la Colin...aku doakan ko selamat di lautan besar sana dan semoga ko dapat jpe balik ngan mak kau....

No comments: